PROGRAM YANG DITAWARKAN

Sila klik pada link dibawah untuk ketahui Program-program yang ditawarkan:-


    PROGRAM MOTIVASI “ SAHSIAH UNGGUL REMAJA”
    ( Jangkamasa 3 hari )

    Zaman hari ni memaksa ramai remaja bersaing tidak kira dari segi akademik mahupun kemahiran diri. Ini memerlukan persediaan diri yang mantap samaada dari sudut IQ, EQ dan SQ pelajar. Program ini direka khas bagi membantu menyelesaikan beberapa masalah remaja hari ini dalam memperbaiki sahsiah untuk kemantapan jati diri setiap individu peserta. Mereka akan dibekalkan dengan amalan kerohanian dan amalan-amalan individu yang cemerlang yang bermanfaat untuk mereka hayati dan ikuti.

    Latihan yang disampaikan memberi fokus kepada konsep mengenal diri dan Sang Pencipta, amalan membentuk kekuatan rohani, pembentukan sinergi minda, fizikal dan spiritual merangkumi anjakan paradigma sikap, keperibadian serta pembangunan jiwa yang kuat dalam menempuh cabaran dunia hari ini.


    MODUL
    KETERANGAN
    Belief System Process
    (Re-programme sistem
    kepercayaan)
    • Peserta membuat matlamat baru sebagai langkah pertama membuat perubahan
    • Para peserta mendapat penerangan, sekaligus membenamkan keyakinan yang mapan dan utuh jauh di dalam lubuk hati mereka
    Konsep ZMP
    • Pembinaan jiwa manusia bermula dari pembinaan hati
    • Memahami 7 pengaruh yang menyebabkan pelajar mudah terpengaruh
    • Memfokuskan konsep pengurusan diri melalui latihan dan permainan minda
    Kembara SWOT
    • Persediaan emosi yang seimbang
    • Menilai kejayaan & kegagalan
    • Perhubungan & komunikasi
    Hijrah Diri
    • Membincangkan dan pelaksanaan maksud asas pembinaan spiritual atau kerohanian matang Memahami dahulu kemudian untuk difahami
    • Konsep membentuk nilai-nilai murni dan menghormati masyarakat sekeliling
    Konsep “Start, Stop & Continue”
    • Peserta belajar kaedah membuat tindakan baru serta strategi agar terus bermotivasi dan berkeyakinan tinggi.


    OBJEKTIF PROGRAM
    Di akhir program nanti pelajar akan :-

    • Dapat membantu meningkatkan kesedaran diri serta kekuatan IQ, EQ dan SQ yang hebat
    • Menyemai rasa keikhlasan dalam menunaikan kewajipan dalam agama.
    • Menguatkan rasa kasih sayang terhadap ibubapa, guru-guru dan masyarakat.
    • Melahirkan keinsafan dan kesedaran terhadap sesuatu kesalahan yang telah dilakukan.
    • Membuat mereka memikir dan menilai semula betapa besarnya pengorbanan ibu bapa dan guru-guru.
    • Memahami apa yang PENTING dan apa yang SEGERA
    • Memperlihatkan halatuju yang jelas
    • Membuat analisa dan merangka tindakan baru selepas tamat program

    # Modul boleh berubah mengikut tahap penguasaan pelajar dari masa ke semasa.