PROGRAM YANG DITAWARKAN

Sila klik pada link dibawah untuk ketahui Program-program yang ditawarkan:-


    PROGRAM KEPIMPINAN DINAMIK – pengawas dan PRS sekolah
    ( Jangkamasa 3 hari )

    Kepimpinan bukanlah sekadar bakat semulajadi malah meliputi aspek kemahiran, keyakinan
    diri serta tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Oleh itu bagi melahirkan pemimpin masa
    depan yang unggul ianya perlulah bermula di sekolah.

    Kursus ini akan memupuk tentang tanggungjawab, peranan untuk membentuk kepimpinan
    dalam masyarakat serta menjana peribadi unggul. Mempertingkatkan keupayaan dan potensi diri
    peserta di dalam menghayati dan memahami visi, misi dan matlamat utama sebagai pemimpin yang
    berteraskan IQ, EQ dan SQ.

    Latihan yang disampaikan memberi fokus kepada kemantapan jati diri, sikap, ilmu dan
    kemahiran sebagai pemimpin yang berkualiti.

    MODUL
    KETERANGAN
    Anjakan Paradigma ( Konsep Plan Your Work And Work Your Plan )
    • Peserta membuat matlamat baru sebagai langkah pertama membuat perubahan
    • Tahu dan faham akan kepentingan berfikir diluar kotak
    • Keluar dari Zon Selesa
    Konsep
    “Power Lisence Leader”
    • Memahami tanggungjawab dan kuasa memilih dalam menjalankan tugas
    • Peserta mendalami konsep “fikir, Membuat keputusan & Bertindak”
    Kembara
    (Penyelesaian Masalah)
    • Melatih peserta berdepan dengan masalah yang memerlukan penyelesaian bersama
    • Nilai kekitaan diterapkan di dalam sesebuah organisasi
    Action Leader
    • Merancang kepentingan peribadi dan organisasi
    • Melaksanakan visi dan misi peribadi dan organisasi
    Konsep
    “Start, Stop & Continue”
    • Peserta belajar kaedah membuat tindakan baru serta strategi agar terus bermotivasi dan berkeyakinan tinggi


    OBJEKTIF PROGRAM
    Di akhir program nanti peserta akan :-

    • Dapat membentuk jati diri yang unggul sebagai pemimpin muda
    • Dapat mempelajari kaedah menyelesaikan masalah bersama di dalam sesebuah organisasi
    • Mengetahui makna tanggungjawab sebagai pemimpin yang diberi kuasa dan amanah
    • Kenali kelemahan dan potensi diri
    • Dapat memahami tentang bagaimana menguatkan motivasi dalaman agar tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir negatif
    • Membentuk sistem kepercayaan yang kuat, tabah serta semangat juang yang tinggi dalam menjalankan tugas
    • Membuat analisa dan merangka tindakan baru selepas tamat program
    # Modul boleh berubah mengikut tahap penguasaan pelajar dari masa ke semasa.