PROGRAM MOTIVASI PERMATA DIRI - PELAJAR PMR DAN SPM 2011 ANJURAN KONGRES INDIA MUSLIM MALAYSIA (KIMMA)


Anjuran Yayasan Kemajuan Islam Nasional (YAKIN) dan Puteri KIMMA Johor
PADA 23 & 24 JULAI 2011
Bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dapat kita berkampung seperti sebuah keluarga di Savannah Hill, Ulu Tiram bersama-sama pelajar tingkatan 3 & 5 seluruh Negeri Johor yang bakal menduduki peperiksaan PMR & SPM 2011. Abang-abang dan kakak-kakak amat berbesar hati dan bangga kerana dapat bertemu dengan adik-adik yang begitu bermotivasi, bijak, hebat dan berwawasan.
Banyak halangan dan rintangan berjaya dilalui dengan jayanya dan ini membuktikan adik-adik mampu lakukan yang terbaik malah lebih baik lagi pada masa akan datang. Insya Allah...